Posts tagged Zeq
Fantasy Theater 2010: Komik santai sempena Hari Kemerdekaan
Aug 31st
Sebuah karya daripada Meo188 dan ZEQ
Masih ingatkah anda tentang kisah fantasi itu?
Cerita fantasi mengenai bagaimana kuasa keJAHATan dikalahkan oleh kuasa keBAIKan.
.
Kuasa kejahatan itu ialah OGRE
.
.
Manakala, kuasa kebaikan terbahagi kepada tiga, iaitu;
.
.
.
Dalam menentang kejahatan OGRE yang kuat itu, 3 kaum yang berbeza fahaman terpaksa bergabung. Satu pakatan kerjasama ditubuhkan untuk menumpaskan kaum OGRE.
.
Dalam membentuk satu pakatan yang mantap, seorang pemimpin dari kaum HUMAN telah diberi peranan sebagai ketua. Kaum ELVES dan DWARF terpaksa bertolak ansur untuk memberi peluang kepada HUMAN untuk mengetuai pakatan tersebut kereana HUMAN merupakan kaum peribumi di kawasan tersebut. Biarpun kaum ELVES merupakan kaum yang bijak pandai dan DWARF pula kaum yang mahir dalam pembuatan makanikal. Bertolak ansur dan hormat menghormati menjadi kunci perpaduan bagi pakatan tersebut.
Sepakat membawa berkat.
Pertempuran hebat antara kuasa kebaikan dan kejahatan meletus.
.
.
Akhirnya, kaum OGRE berjaya dihapuskan.
.
Dan 3 kaum tersebut, HUMAN, ELVES dan DWARF kini tinggal aman dan damai bersama-sama.
.
.
.
Tamatlah cerita fantasi itu.
Cuba kita renungkan intipati mesej dari kisah tersebut.
.
Kita bandingkan cerita tadi dengan realiti yang berlaku di negara Malaysia.
Cerita fantasi itu hampir serupa dengan realiti.
Sejarah membuktikan bahawa 3 kaum besar kaum di Malaysia telah bergabung menubuhkan satu pakatan yang mantap untuk menuntut kemerdekaan dan menubuhkan negara Malaysia.
MELAYU, CINA dan INDIA.
.
.
.
.
Justeru itu, kita perlu teruskan amalan bekerjasama, hormat menghormati bertolak ansur dan bersatu hati untuk membangunkan dan mempertahankan agama, bangsa dan negara.
.
Biarpun kita pelbagai kaum yang berbeza
.
Agama berbeza
.
Budaya berbeza
.
Fahaman politik berbeza
.
Paling penting, kita harus ingat bahawa kita adalah di bawah 1 bendera yang sama…
.
…bendera Jalur Gemilang, Malaysia.
.
SELAMAT MENYAMBUT
HARI KEMERDEKAAN
31 OGOS
&
HARI MALAYSIA
16 SEPT
.
.
(Trivia: Cuba teka, yang mana lukisan Meo188 dan yang mana lukiskan Zeq?)
Blues untuk Aku: Manifestasi Cinta
Jul 17th
FanArt ‘Blues untuk Aku’ oleh Zeq. Kemudian, ditambah efek oleh Meo188. Ala2 mood suram. Jejaka macho sedih jiwang. Tapi tetap control macho. Huhuhu. Oklah, berpuitis sikit. Nampak raut wajahmu tak segelintir rasa takut. Semangat membara dijiwamu taklukkan mereka penghalang kasih sayang. Hari-harimu diwarnai pembunuhan, pembantaian dihiasi bunga-bunga api mengalir sungai darah disekitarmu. Biarpun air mata darah muncul dari tubuhmu namun tak dapat runtuhkan tebing semangat juangmu. Semangat untuk mengorat. hahaha
.
Manifestasi Cinta – Fiq (feat. Mirwana)
Aksi gadis urban seksi – Berusa VS Zeq
Nov 8th
BERUSA (formerly known as cerberusa)
Geseran objek tumpul ke atas tablet Berusa menghasilkan keindahan tubuh badan gadis dlm sebuah karya digital. Renjisan-renjisan warna digital dari perisian adobe photoshop menyerikan dan memaniskan lagi lukisan. Jelingan manja diharapkan dapat mengusik hati kepada pengunjung sebagai tanda penghargaan kerana menatap karya digital Berusa. Oh yeah!


cerberusa(a)gmail.com
*
*
*
*
ZEQ (a.k.a Ahmad Zayanni)
Zeq yang sudah lama menyepi ini pula masih menggunakan pensil dalam menghasilkan karya digital. Bagi Zeq, kesan penggunaan pensil memberi sentuhan yang kepuasan dalam lukisan. Hasil lakaran di-pixel-kan dan diwarna menggunakan paint shop pro. Latar belakang yang lembut menambah seri si gadis itu. Piiiiweett…. huhuhuhu.

zeards(a)hotmail.com














Pegeout
Toyota Supra




Komentar Terbaru